Liverpool memulakan kempen Liga Juara-Juara Eropah mereka dengan memperoleh kemenangan sukar 1-0 keatas Ajax di Amsterdam.

Gol sendiri Nicolas Tagliafico pada babak pertama menjadi perbezaan dalam aksi pembukaan Kumpulan D di Johan Cruyff Arena.

Liverpool memulakan aksi pertama mereka selepas kehilangan bek tengah berpengaruh – Virgil van Dijk yang cedera. Liverpool bermula dengan agak bercelaru di pertahanan.

Adrian hampir melakukan kesilapan yang sama seperti aksi berdepan dengan Villa, di mana hantarannya dari belakang dihadang oleh lawan.

Klaasen melakukan percubaan yang terkena tiang. Ajax memiliki satu lagi peluang menerusi Quincy Promes, dan skrip Ajax tetap sama, mereka tidak ada ketajaman.

Liverpool di hadapan menerusi gol sendiri Nicholas Tagliafico yang tertampan bola rembatan Sadio Mane.

Pasuka tuan rumah memberi reaksi yang positif selepas ketinggalan.

Dusan Tadic melakukan lob mengatasi Adrian — mujur Fabinho mengeluarkan bola dengan aksi akrobatik.

Ianya adalah aksi clearance yang menyelamatkan 3 mata Liverpool.

Jurgen Klopp membuat pertukaran pada separuh masa kedua selepas beliau kurang berpuas hati dengan beberapa perkara di dalam padang.

Curtis Jones masuk menggantikan Jordan Henderson. Namun pertukaran itu tetap tidak banyak membantu Liverpool.

Lalu Klopp memasukkan 3 lagi pemain iaitu Diogo Jota, Takumi Minamino dan Xherdan Shaqiri.

Ek4aCNwX0AATlWr

Pertukaran itu berjaya memperbaiki permainan kombinasi Liverpool walaupun ianya gagal memberikan gol.

Takumi Minamino dan Jota bermain baik sejak mereka dimasukkan dan memberikan banyak ancaman kepada lawan.

Liverpool memastikan 3 mata pertama milik mereka – walaupun ia bukan kemenangan yang benar benar meyakinkan.

Dan ianya juga kemenangan pertama mereka selepas kalah dan seri dalam dua aksi terakhir mereka sebelum ini.

Baca juga perkembangan lain

Ozil Kecewa Dengan Layanan Arsenal Dan Tekad Terus Bersuara Demi Kemanusiaan

EPL: Manchester United Tak Daftar Sergio Romero Dalam Pasukan Utama

UCL: Lampard Puas Seri Dengan Sevilla Dan Memuji Profesionalisme Pasukannya